ISL MINGGU 3
TAJUK: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
TARIKH: 18/01/10-22/01/10
PENGENALAN:
Penggubalan dan pembinaan sesuatu kertas ujian haruslah mengikut spesifikasi ujian
yang telah ditetapkan.
Ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknyamewakili keseluruhan sukatan pelajaran dan
perlu dipertimbangkan dengan lebih teliti dan terperinci.
Jadual spesifikasi ujian ini haruslah merangkumi enam komponen yang utama iaitu
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Ia juga harus ada tiga kriteria penting iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
telah ditetapkan.
Pertimbangan ini dibuat untukmemastikan para pelajar diuji dengan menggunakan
soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.
Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU,
membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian.
Sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar
mata pelajaran tertentu.
Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi
kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980).
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua
hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.
Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta
ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
Item-item yang dibina hendaklah merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal
hingga akhir.
Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawal yang mungkin..
LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Dalam pembinaan JSU, empat langkah utama yang harus dititikberatkan iaitu:
1.Mengkaji sukatan pelajaran
2.Menganalisis objektif pengajaran.
3.Menentukan jenis soalan.
4.Menentukan bilangan soalan.
1.Mengkaji Sukatan Pelajaran
Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
• Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk
• Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
• Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain
• Kompleksiti sesuatu tajuk
• Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.
2.Menganalisis Objektif Pengajaran
•Objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang
perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.
•Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat
oleh Bloom dan rakan-rakannya,
•Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu Paksi Kandungan dan Paksi Objektif
Pengajaran.
•Kedua-dua paksi ini mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan
yang telah dipertimbangkan.
3.Menentukan Jenis Soalan
•Objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat
objektif pengajaran yang ingin diukur haruslah ditentukan terlebih dahulu.
•Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang
sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan
jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”.
4.Menentukan Bilangan Soalan
•Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.
•Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan
sesuatu ujian.
•Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian
memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.
•Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu
ingin mengukur.
KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan Pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JSU ialah:
•Kertas ujian dapat digubal secara sistematik
•Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
•Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
•Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan
•Aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina
oleh pembina lain.
0 comments:
Post a Comment