ISL MINGGU 2:
TAJUK TUGASAN:
TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

1.Taksonomi Bloom
.Disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.
.Menitik beratkan sebuah aspek yang penting iaitu kognitif atau pengetahuan.
.Berbentuk hierarki iaitu dari tahap rendah ke tahap yang tinggi.
.Di sini guru akan membuat soalan pelbagai aras bagi menguji kefahaman
tahap pemikiran pelajar.
.Bertujuan untuk membina;
• Kebolehan
• Pemikiran
• Pemahaman


Ada 6 peringkat iaitu:

 Peringkat 1: Pengetahuan
•Tujuan : mengingat semula perkara-perkara yang sudah dipelajari tanpa sebarang
perubahan.
•Contoh:
1.Bilakah Malaysia merdeka?
2.Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia?
3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?
•Terdapat 2 jenis objektif iaitu:
1.Umum:mengetahui
2. Khusus / spesifik : melabel, menyatakan, menulis (eksplisit)

 Peringkat 2: Kefahaman
• Kefahaman merupakan kebolehan untuk memberi penjelasan atau makna sesuatu
perkara.
• Konsepnya adalah untuk menjelaskan maklumat dengan lebih terperinci.
• Ia merupakan peringkat yang tinggi berbanding dengan peringkat pengetahuan.
• Melibatkan tiga aras penting :
1. Terjemahan isi (isi kepada huraian). Contohnya: Ibu Ali meninggal
dunia.
2. Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat. Contohnya: Setiap manusia
di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing. )
3. Ekstrapolasi iaitu tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang
digambarkan. Contohnya: Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa
bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bila-bila masa
sahaja.
• Tujuan peringkat ini adalah untuk memahami sesuatu bahan, menjelaskan
menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan.
• Misalnya: jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, dan
seumpamanya.

 Peringkat 3: Aplikasi
• Peringkat ini adalah bertujuan untuk menggunakan pengetahuan mujarat
(abstrak) untuk menyelesaikan masalah yang maujud.
• Terdapat 2 jenis objektif iaitu:
1. Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan
2. Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira,
menghubungkan, mengendalikan.
• Misalnya, soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan.
• Peringkat ini menekankan kaedah, prinsip, hukum, dan teori.

 Peringkat 4: Analisis
• Mengenal pasti sebab secara terperinci.
• Analisis bermaksud kebolehan untuk menceritakan dan menyusun perkara-perkara
yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.
• Ia adalah bertujuan untuk menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat).
• Misalnya :
1. Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara
tersebut berlaku.
2. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.
• Objektif
1. Am : mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevenan data.
2. Spesifik : mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan
menjelaskan. Misalnya: Yang manakah antara berikut merupakan kata
kerja?
• Kosa kata popular : bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian,
klasifikasikan, sebab, mengapa, huraikan, menaakul, mencerakinkan.

 Peringkat 5: Sintesis
• Menguji kebolehan calon mencantumkan, mengabungkan, dan meintegtrasikan
fakta atau idea yang berkaitan (mengembang fakta menggunakan ayat sendiri)
• Tujuan : membentuk sesuatu yang baharu.
• Objektif :
1. Am : menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan
karya
2. Spesifik : mengabungkan, mengubah, mereka cipta, merancang, menulis
• Misalnya berdasarkan tajuk “saya sebatang pen” bina ayat-ayat yang dapat
menerangkan mengenai pen tersebut.
• Kosa kata popular : mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan.
• Misalnya mencadangkan : senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi
masalah itu.



2.DOMAIN KRATHWOHL

 Diasaskan oleh, David R. Krathwohl.
 Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
 Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu
suasana pembelajaran yang baik.
 Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat
membentuk sikap positif.

 KONSEP
•Objektif pembelajaran yang menekankan aspek perasaan, emosi dan tahap
penerimaan individu.
•Dapat dinilai dalam diri seorang individu melalui watak dan perwatakan.
(Luaran & dalaman).

PERINGKAT-PERINGKAT

PENERIMAAN
 Keinginan dan kesanggunpan untuk memberi idea/bahan serta boleh bertoleransi
berdasarkan situasi.
 Objektif am:
- Mendengar dengan teliti.
- Menunjukkan sensitiviti.
- Menerima perbezaan khusus.
- Hasil pembelajaran:
- Menyoal, memilih, menghuraikan.
- Mengikut, mengenalpasti, menamakan.

 BERTINDAK BALAS
 Kesanggupan untuk bertindak balas terhadap ransangan.
 Boleh mengambil bahagian secara aktif.
 Objektif am: Melengkapkantugasan.
 Objektifkhusus: Bolehmenulisttgisipelajaran.
 3kategori:
Persetujuanmembalas.
Kesediaanmembalas.
Kepuasanmembalas.

 MENILAI
 Kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan
atau situasi.
 Kebolehanmembuatpenilaian & memberipenghargaan.
 Menilai berdasarkan penghayatan 1 set nilai spesifik.
 3 kategori: Penerimaan, pilihan & penglibatan.
 Objektif am: Menghargai orang lain
 Objektifkhusus: Boleh melaporkan

 ORGANISASI
 Kesanggupan menghubungkait sesuatu perkara dengan nilai yang
dipegang.
 Pelajar boleh membezakan nilai & situasi yang berbeza.
 Kategori: Penanggapan & organisasi.
 Objektif am: Pelajar boleh merekacipta.
 Objektif khusus:Pelajar mampu membina ayat/fakta.



 PERWATAKAN
 Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang
dipegang.
 Perubahan tingkahlaku selepas sesi P&P.
 Objektif am: Mengekalkan nilai-nilai dalam P&P.
 Objektif khusus:Disiplin dalam mengekalkan nilai.


 RELEVAN
 Tidak membiarkan murid untuk menerima ilmu sekadar dari segi luaran
yang tidak mempunyai nilai.
 Menginginkan murid untuk bertindakbalas terhadap pembelajaran dengan
menilai, merancang dan membuka minda murid mereka cenderung dalam
sesuatu bidang.
 Mencari cara pengajaran yang meransang minat pembelajaran murid.
 Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang tidak
berkait dengan minat murid.