ISL MINGGU 1
TARIKH: 04 JANUARI 2010-08 JANUARI 2010
TAJUK TUGASAN: KONSEP PENTAKSIRAN, PENILAIAN, PENGUJIAN DAN PENGUKURAN
PENTAKSIRAN:
- Pentaksiran merupakan langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang pelajara itu memiliki sifat tertentu (Mokhtar Ismail,1985).
- Ia adalah berkaitan dengan tahap, status dan nilai.
- Merangkumi aktiviti menghurai, mengmpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar dalam bentuk skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000)
- Menentukan kedudukan dan pencapaian murid.
- Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor.
PENILAIAN:
· Maksud bagi penilaian menurut:
ü Gay (1985)- penilaian meruapakan satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu tercapai.
ü Popham (1975)- penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.
· Digunakan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang pendidikan.
· Dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri.
· Tujuan adalah untuk membolehkan membuat anggaran.
· Ia juga dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara.
· Jenis-jenis masalah yang biasa dihadapi dalam membuat penilaian ialah:
ü Persoalan yang ingin diselesaikan.
ü Apakah bukti yang dianggapkan mencukupi?
ü Bagaimana cara mendapatkan maklumat?
ü Siapa yang mendapatkan maklumat?
· Kebaikannya ialah kta dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
· Penilaian boleh dibuat dengan menggunakan maklumat berbentuk kuantitatif atau kualittif atau kedua-duanya sekali.
· Prosedur yang terdapat dalam penilaian ialah:
ü Persediaan Ujian
ü Pentadbiran Ujian
ü Pemerikasaan Jawapan Ujian
ü Analisis Ukuran
ü Interpretasi dan Tindakan Susulan
· Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama iaitu:
ü Menentukan ukuran
ü Menganalisis ukuran.
ü Menyatakan nilai/interpretasi ukuran.
· Kesimpulannya, penilaian dalam pendidikan ini merangkumi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.
PENGUKURAN:
· Definisi:
ü Proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat-alat tertentu.
ü Dalam erti kata lain, pengukuran ialah proses untuk menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.
· Pengukuran boleh dibuat tanpa menggunakan pengujian. Misalnya, kemahiran melukis seseorang pelajar dapat diukur melalui pencerapan atau pemerhatian sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.
· Pengukuran tidak bersifat mutlak.
· Kesimpulannya, pengukuran merupakan proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu.
PENGUJIAN:
· Pengujian mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus berbanding dengan pengukuran, penilaian dan juga pentaksiran.
· Definisi:
ü Secara umum- proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab atau satu set instrument bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
ü Cronbach (1970)- ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori.
ü Contoh sksla bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan dan 100/120 untuk ujian kecerdasan IQ.
· Kepentingannya menurut Milagros 1981 (dipetik dari Raminah, 1991 menegaskan bahawa:
“Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan menjadi dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.”. (Rahimah, 1991:2)
· Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.
· Proses pengujian adalah seperti berikut:
1. Persediaan
2. Pelaksanaan
3. Pentadbiran
4. Pemeriksaan
· Melalui pengujian, seseorng guru dapat mengetahui sama ada pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang disampaikan.
Secara keseluruhannya, pengesanan pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat dengan menggunakan pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah.
0 comments:
Post a Comment